19 Jun 2017

Artikel Menarik (Jun 2017) - Kanak-kanak Syria teruja dapat juadah berbuka undang simpati




TELATAH dua orang kanak-kanak Syria ini jelas menunjukkan riak kegembiraan.


GAMBAR dua orang kanak-kanak Syria yang teruja mendapat juadah berbuka puasa pemberian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) yang kini berada di negara itu dalam misi kemanusiaan menjadi tular di media sosial.
Foto-foto itu dikongsi salah seorang sukarelawan bernama Muhammad Jantan di Facebooknya, Ya Muhammad.
Dalam perkongsian itu, Muhammad yang juga Presiden MVM berkata, dia terkesan melihat gelagat dua beradik itu yang dilihat begitu bersyukur atas rezeki yang diperoleh mereka pada hari itu.
“Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini. Saya melihat sendiri seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adiknya telah memberi kesan pada diri saya.
“Saya lihat, si adik menanti abangnya datang dengan wajah yang penuh harapan. Apabila si abang datang membawa makanan, wajah si adik berubah gembira mungkin mereka telah lama tidak merasa makanan seperti ini,” katanya.
Kata Muhammad, telatah kanak-kanak itu jelas menandakan erti kesyukuran buat diri mereka.
“Sebahagian kami di Malaysia sampai tahap membazir (juadah berbuka). Maafkan kami adik. Kami telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar,” ujarnya.
Gambar-gambar tersebut mendapat lebih 11,000 like dan 4,390 perkongsian setakat Khamis lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm#ixzz4kTCYCHib 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan