27 Jun 2016

Artikel Menarik (Jun 2016) - Lebih 2.5 juta rakyat Britain mahu pungutan suara semula


LONDON – Beberapa hari selepas pungutan suara meninggalkan Kesatuan Eropah diadakan, lebih 2.5 juta warga Britain dan penduduk tetap United Kingdom menandatangani satu petisyen meminta referendum kedua diadakan.
Petisyen itu memaksa isu tersebut dibahaskan di Parlimen. Parlimen Britain perlu membahaskan sebarang petisyen yang disiarkan di laman webnya dan menarik lebih 100,000 tanda tangan.
Cadangan yang dimuat naik sebelum pungutan suara pada 23 Jun lepas itu menyatakan bahawa kerajaan perlu mengadakan satu lagi referendum sekiranya sokongan untuk Britain keluar atau kekal dalam EU kurang daripada 60 peratus.
Keputusan pungutan suara pada Khamis lalu itu menyaksikan 52 peratus pengundi atau 17,410, 742 orang menyokong Britain meninggalkan EU.
Petisyen dalam talian itu amat popular sehinggakan seramai 2,503,065 orang telah menandatanganinya menjelang tengah hari kelmarin.
Kebanyakan mereka yang menandatanganinya berasal dari kawasan di mana sokongan untuk kekal dalam EU adalah yang paling kuat terutamanya London.
Perdana Menteri, David Cameron berkata pada Jumaat lalu bahawa beliau akan meletak jawatan selepas gagal memujuk rakyat Britain supaya kekal dalam blok Eropah itu.
Cameron turut menolak sebarang usul untuk mengadakan pungutan suara kali kedua berhubung isu


Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4Coscj2iB 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan