20 Ogos 2015

Artikel Menarik Ogos (2015) - Saintis AS biak otak dalam makmal

WASHINGTON – Satu otak manusia yang hampir sempurna berjaya dibiak di sebuah makmal di Amerika Syarikat(AS) dalam pencapaian yang diharap dapat digunakan untuk merawat penyakit saraf, kata seorang saintis.
AFP - IMEJ yang disiarkan Universiti Negeri Ohio semalam menunjukkan otak yang dibiakkan dalam makmal.

Profesor di Universiti Negeri Ohio, Rene Anand membiakkan otak kecil itu yang menyamai kematangan otak janin manusia berusia lima bulan, lapor universitinya.
“Ia bukan sahaja kelihatan seperti otak sebenar tetapi mempunyai hampir semua gen otak manusia,” kata Anand.
Memiliki saiz sebiji kacang hijau, otak yang dibiak di dalam sebuah bekas itu mempunyai semua bahagian otak dan saraf tunjang, kata universiti itu.
Otak berkenaan dibiak daripada sel-sel kulit manusia dan didakwa otak invitro atau otak buatan manusia paling sempurna setakat ini.
Anand membentangkan kajiannya di sebuah acara kesihatan tentera di Florida kelmarin.
Beliau berharap otak itu boleh memudahkan ujian ubat-ubatan yang memberi kesan kepada minda ketika saintis-saintis berusaha mencari penawar kepada penyakit otak dan masalah sistem saraf. - AFP


Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3jJlRmaxa 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan