03 April 2015

Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2015 (Dadah)

Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2015 telah diadakan dengan jayanya pada 18 hingga 20 Mac yang lalu. Pada kali ini JPS mengangkat tema pameran bulanan di Pusat Sumber iaitu 'Dadah'.

Seramai 292 pengunjung telah berkunjung ke Pusat Sumber sepanjang JPS kali ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah Kuiz Bertema Dadah, Pertandingan Melukis Komik Bertemakan Dadah, Pertandingan Mengarang Pantun Bertemakan Dadah dan Kotak Misteri.

Seramai 81 penyertaan diterima untuk Kuiz Bertemakan Dadah. Masing-masing 6 penyertaan bagi Pertandingan Melukis Komik Bertemakan Dadah dan 23 penyertaan bagi Pertandingan Mengarang Pantun Bertemakan Dadah. Manakala penyertaan bagi Kotak Misteri adalah sebanyak 90.

Suasana sepanjang JPS kali ini meriah dengan pengunjung yang terdiri dari pelajar dan kakitangan serta ditambah pula dengan keceriaan warna-warni bunga kipas yang diperbuat dari kertas sebagai dekorasi Pusat Sumber.

Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai aktiviti yang disediakan. Tidak lupa juga kepada pengunjung yang berkunjung ke Pusat Sumber serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan JPS pada kali ini.

Sokongan dan penglibatan anda amat kami hargai. 























Tiada ulasan:

Catat Ulasan