08 Disember 2014

Artikel Menarik November (2014) - 21 Cara Meningkatkan Motivasi Diri.


Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri anda!

Berikut ini adalah 21 cara!
  1. Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
  2. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya. 
  3. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
  4. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
  6. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  7. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
  8. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
  9. Membuat atau mengkaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  10. Menghadiri seminar motivasi.
  11. Mendirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  12. Bermain muzik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat muzik - mana tahu dapat pula mencipta suatu muzik atau lagu yang hebat!
  13. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  14. Meditasi.
  15. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dan sebagainya. - pejabat / rumah yang kemas mengarah kepada pemikiran yang cerdas, teratur, tenang dan produktif.
  16. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  17. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan, nasihat serta motivasi.
  18. Keluar makan dengan ahli-ahli keluarga atau dengan kawan-kawan rapat lagi positif.
  19. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit atau sekali-sekala ke pantai yang indah lagi nyaman.
  20. Mengadakan kenduri doa selamat atau berjumpa dengan ibubapa jika masih ada.
  21. Melancong di dalam atau ke luar negara dengan tujuan mendapat semangat atau idea-idea baru.

Pilihlah mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat, motivasi dan kecergasan diri anda akan kembali kuat.


Rujukan : Oleh Taidin Suhaimin http://www.ugmc.bizland.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan