Apakah virus Ebola?
Penyakit
Virus Ebola yang juga dikenali sebagai EVD merupakan penyakit jangkitan
virus yang parah dengan menunjukkan ciri-ciri seperti flu, dan
pendarahan dalaman yang teruk. Kadar untuk selamat adalah sangat rendah.
60 hingga 90% orang yang terkena virus ini akan mengalami kematian.
Di manakah Ebola bermula?
Ebola mula
dikesan pada tahun 1976 di Nzara, Sudan dan juga Yambuku, Zaire
(Republik Demokratik Congo). Di Zaire, kampung di mana wabak Ebola ini
mula dikesan adalah berdekatan dengan sungai bernama Ebola. Di situlah
di mana virus ini mendapat nama. Kelawar buah dikatakan merupakan
binatang yang dikenalpasti mengjangkitkan manusia dengan penyakit
tersebut. Di Afrika, interaksi antara manusia dengan binatang seperti
chimpanzee, gorila, monyet, antelop dan landak juga merupakan antara
punca penyebab berjangkitnya Virus Ebola ini kepada manusia.
Apakah simptom Ebola?
Penyakit
Ebola biasanya menunjukkan ciri-ciri seperti flu. Sebagai contohnya
demam, sakit otot, sakit kepala dan juga sakit tekak. Simptom ini
diikuti dengan tanda seperti muntah, cirit birit, ruam, kegagalan ginjal
berfungsi dan juga pendarahan dalaman atau luaran. Virus ini akan mula
menunjukkan kesan simptom antara 2 hingga 21 hari.
Bagaimana Ebola boleh berjangkit?
Virus Ebola
bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanyalah
berjangkit melalui sentuhan bendalir badan, seperti darah. Pekerja
kesihatan merupakan mereka yang sangat berisiko tinggi jika tidak
memakai peralatan dan pakaian yang selamat, seperti topeng, gaun dan
sarung tangan.
Apakah rawatan untuk Ebola?
Buat masa
sekarang, masih belum ada. Sekadar beberapa vaksin yang masih lagi dalam
eksperimen percubaan. Doktor kebiasaannya akan menyediakan penjagaan
tambahan yang lebih rapi kepada pesakit, termasuk bantuan oksigen,
pemindahan darah dan rawatan mengelakkan jangkitan penyakit lain.
Adakah jangkitan Ebola yang terbaru adalah kritikal?
Pada
Februari 2014, variasi Virus Ebola ditemui di Guinea. WHO (World Health
Organisation) melaporkan sehingga 23 Julai 2014, sebanyak 1201 kes Ebola
telah disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sudah mencecah
seramai 672.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan