Adakah anda semua mengalami masalah uban? Asal warna rambut bagi
orang melayu atau orang asia adalah warna hitam tetapi kadang-kadang
kita lihat mereka yang berumur 40-50 tahun kelihatan ada helaian rambut
yang warna putih, rambut yang warna putih itu adalah uban.
Bagaimana terjadinya uban?
Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian
kulit rambut kepala. Dibawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang
dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin,
melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut
menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris
mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit
hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi.
Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban, pertama adalah:
1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik,
ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi
daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena
bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan
kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka
yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada
awal usia remaja.
2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu
dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang
sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga
menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat
amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk
terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga
stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.
3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang
berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada
usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini
sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses
penuan.
Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:
1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang.
Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel
berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk
memelihara dan memastian tubuh kita sihat.
2- Bersukan secara berkala
ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan
tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak
tersumbat.
3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress.
Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini
menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung
membantutkan sistem normal badan kita.
Sumber : kesihatan.info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan