Oleh SHAIFUZAIN AB RAHMAN
AKHIR-akhir ini, penggunaan berenga lalat untuk rawatan luka semakin mendapat perhatian yang meluas dalam dunia perubatan.
Penggunaan kaedah tersebut terutamanya untuk rawatan luka kronik,
seperti luka pada kaki pesakit kencing manis semakin diterima ramai.
Penggunaan berenga dalam rawatan luka wujud sejak beribu-ribu tahun lalu. Bukti bahan arkeologi menunjukkan bahawa orang Maya menggunakan kaedah rawatan luka dengan menggunakan berenga.
Kajian antropologi pula
menyatakan bahawa orang Maya merendamkan kain kasa ke dalam darah lembu
sebelum meletakkannya pada luka untuk menarik perhatian lalat supaya
bertelur, kemudiannya menjadi berenga yang memakan tisu mati pada luka.
Dalam al-Quran menyebut
tentang penggunaan berenga dalam rawatan luka dan kudis, seperti yang
terdapat dalam kisah Nabi Ayub a.s. Dalam filem “The Gladiator” pula terdapat adegan Russel Crowe yang membawa watak utama, membiarkan berenga merawat luka pada bahunya.
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Ogos 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan