Lubang hitam adalah sebuah pemusatan massa yang cukup besar sehingga menghasilkan gaya graviti yang sangat besar. Gaya graviti yang sangat besar ini mencegah apa pun terlepas darinya kecuali melalui perilaku terowong kuantum. Medan graviti begitu kuat sehingga kelajuan lepas di sisinya mendekati kelajuan cahaya. Tak ada sesuatu, termasuk sinaran elektromagnet yang dapat lepas dari gravitinya, bahkan cahaya hanya dapat masuk tetapi tidak dapat keluar atau melewatinya, dari sini diperoleh kata "hitam". Istilah "lubang hitam" telah tersebar luas, walaupun ia tidak menunjuk ke sebuah lubang dalam erti biasa, tetapi merupakan sebuah wilayah di angkasa di mana semua tidak dapat kembali. Secara teorinya, lubang hitam boleh memliki saiz apa pun, dari mikroskopik sampai ke saiz alam raya yang dapat diperhatikan.
Sejarah
Teori adanya lubang hitam pertama kali diajukan pada abad ke-18 oleh John Michell and Pierre-Simon Laplace, selanjutnya dikembangkan oleh ahli astronomi Jerman bernama Karl Schwarzschild, pada tahun 1916, dengan berdasar pada teori relativiti umum dari Albert Einstein, dan semakin dipopularkan oleh Stephen William Hawking.
Istilah lubang hitam mula popular ketika John Archibald Wheeler menggunakannya pada ceramah-ceramahnya pada tahun 1967. Walaupun ia dianggap luas sebagai pencetus pertama istilah ini, namun ia selalu menolak dengan kenyataan bahawa ia bukanlah penemu istilah ini.
Lubang Hitam tercipta ketika suatu objek tidak dapat bertahan dari kekuatan tekanan gaya gravitinya sendiri. Banyak objek ( termasuk matahari dan bumi ) tidak akan pernah menjadi lubang hitam. Tekanan graviti pada matahari dan bumi tidak mencukupi untuk melampaui kekuatan atom dan nuklear dalam dirinya yang sifatnya melawan tekanan graviti. Tetapi sebaliknya untuk objek yang bersaiz sangat besar, tekanan graviti - lah yang menang .
Massa dari lubang hitam terus bertambah dengan cara menangkap semua bahan didekatnya . Semua materi tidak boleh lari dari jeratan lubang hitam jika melintas terlalu dekat . Jadi objek yang tidak boleh menjaga jarak yang aman dari lubang hitam akan dieksploitasi. Mungkin suatu saat matahari, bumi dan bulan boleh dieksploitasi oleh lubang hitam. Berlainan dengan reputasi yang disandangnya saat ini yang menyatakan bahawa lubang hitam boleh menghisap apa saja di sekitarnya, lubang hitam tidak dapat menghisap material yang jaraknya sangat jauh dari dirinya. dia hanya boleh menarik materi yang melalui sangat dekat dengannya.
Contoh : bayangkan matahari kita menjadi lubang hitam dengan massa yang sama. Kegelapan akan menyelimuti bumi kerana tidak ada pancaran cahaya dari lubang hitam, tetapi bumi akan tetap mengelilingi lubang hitam itu dengan jarak dan kelajuan yang sama dengan saat ini dan tidak dieksploitasi masuk kedalamnya. Bahaya akan mengancam hanya jika bumi kita berjarak 10 batu darilubang hitam, hal ini masih jauh dari kenyataan bahawa bumi berjarak 93 juta batu dari matahari. Lubang hitam juga dapat bertambah massanya dengan cara bertubrukan dengan lubang hitam yang lain sehingga menjadi satu lubang hitam yang lebih kecil Kita tidak dapat melihat lubang hitam akan tetapi kita boleh mengesan materi yang tertarik / tersedut ke arahnya. Dengan cara inilah, para astronom mempelajari dan mengenal pasti banyak lubang hitam di angkasa melalui pemerhatian yang sangat hati - hati sehingga diperkirakan di angkasa dihiasi oleh jutaan lubang hitam.
Rujukan : http://id.wikipedia.org/wiki/Lubang_hitam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan