Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam
keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan
Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga
ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan
spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan.
Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu
menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang
menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah
spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar,
Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke
Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang
tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada
kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh
bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of
paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang
rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang
lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang
khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang
merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak
sengaja dengan tarian hula dan limbo.
Ada lebih dari tiga dozen spesies dalam keluarga Paradisaeidae, atau lebih dikenali dengan bird of paradise. Ada sekitar 13 Genus dari burung-burung ini dan yang paling terkenal adalah anggota genus Paradisaea. Di Indonesia kita menyebutnya dengan burung cendrawasih. Bercirikan dengan warna yang mencolok dan cerah, bulu berwarna kuning, biru, merah, dan hijau. Dengan warna-warna yang demikian mereka menjadiburung paling indah dan menarik di dunia, sehingga disebut sebagai burung dari syurga. Burung Cendrawasih banyak ditemui di Papua atau Papua New Guinea dan pulau-pulau sekitarnya, termasuk juga Australia Timur. Malangnya kewujudan burung ini semakin berkurang seiring dengan banyaknya perburuan liar yang tidak bertanggungjawab.
1. Lesser bird of paradise (Paradisaea minor)
Lesser |
The Lesser bird of paradise dikenali dengan nama Cendrawasih kuning kecil. Burung ini berukuran sedang dengan panjang sekitar 32 cm, berwarna merah-coklat dengan mahkota kuning dan punggung atas kuning kecoklatan.Burung jantan mempunyai tekak berwarna zamrud-hijau tua, sepasang ekor panjang dan dihiasi dengan bulu hiasan sayap yang berwarna kuning di daerah pangkal berwarna putih di daerah luarnya. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, mempunyai kepala berwarna coklat tua, dada berwarna putih dan tanpa dihiasi bulu-bulu hiasan. Daerah penyabaranya meliputi seluruh hutan bahagian utara Papua New Guinea, dan pulau-pulau di dekat Misool dan Yapen.
2. Raggiana bird of paradise (Paradisaea Raggiana)
Raggiana |
The Raggiana bird of paradise dikenali
juga dengan nama Count Raggis bird of paradise. Burung ini juga yang paling
dikenal sebagai burung Cendrawasih. Habitat burung ini diedarkan secara meluas
di Pulau Irian selatan dan timur laut. Mempunyai panjang 34 cm panjang,
berwarna merah-coklat kekelabuan, iris kuning dan kaki berwarna coklat kekelabuan.
Burung jantan mempunyai mahkota kuning, tekak zamrud-hijau tua dan kolar kuning
di antara tekak. Warna bulu sayap berbeza dari merah ke jingga bergantung
subspesies. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka
berwarna coklat dan tidak punya bulu-bulu hiasan.
Astrapia mayeri |
Ini adalah salah satu
burung Cendrawasih yang paling menakjubkan. Namanya Astrapia Ribbon-tailed dan
mempunyai bulu ekor terpanjang dalam kaitannya dengan ukuran badan, panjangnya
mencapai lebih dari tiga kali panjang tubuhnya. Panjang burung dewasa mencapai
32 cm dengan ekor burung jantan yang boleh mencapai 1 meter. Burung jantan
mempunyai warna hitam dan hijau zaitun sedangkan burung betina berwana coklat.
Burung jantan memilki ekor panjang berbentuk pita berwarna putih. Daerah
penyebarannya ada di bahagian tengah Pulau Irian.
4. Blue bird of paradise (Paradisaea rudolphi)
Rudolphi |
Namanya
mengingatkan nama salah satu pengangkutan Teksi di Indonesia. Burung ini
berukuran kira-kira 30 cm, berwarna hitam, iris warna coklat gelap, kaki
abu-abu. Burung jantan dihiasi dengan bulu sayap dengan dominasi warna ungu
biru. Sehingga disebut juga dengan Cendrawasih Biru. Blue Bird of Paradise
adalah burung endemik Papua New Guinea. Daerah penyebarannya meliputi
pergunungan tenggara Papua New Guinea.
5.
Riflebird Paradise (Ptiloris paradiseus)
Riflebird |
Kalau anda
pernah melihat filem Planet Earth, maka anda akan melihat burung ini. Burung
ini mempunyai panjang sekitar 30 cm dengan burung jantan berwarna hitam dengan
warna-warni mahkota biru kehijauan, kaki hitam, iris coklat gelap dan mulut
kuning. Burung betina jenis ini berwarna coklat zaitun. Merupakan endemik di
Australia timur, Riflebird juga tersebar di hutan hujan di New South Wales dan
pusat Queensland. Burung jantan dapat mengembangkan sayapnya dan memamerkannya
seraya bergerak ke kanan dan ke kiri di hadapan burung betina untuk memikat
mereka.
Red bird |
Kita
menamakannya Cendrawasih Merah, panjang kira-kira 33cm berwarna kuning dan
coklat, serta berparuh kuning. Burung jantan dewasa boleh mencapai 72cm
termasuk bulu-bulu hiasannya yang berwarna merah darah dengan hujung berwarna
putih pada bahagian sisi perutnya. Bulu muka berwarna hijau zamrud gelap dan
diekornya terdapat dua buah tali yang panjang berbentuk pilin ganda berwarna
hitam. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka
berwarna coklat tua dan tidak punya bulu-bulu hiasan. Merupakan endemik dari
Indonesia, Cendrawasih Merah hanya dijumpai di hutan dataran rendah pada pulau
Waigeo dan Batanta di daerah Raja Ampat, wilayah Irian Jaya Barat.
7. Lawess
Parotia (Parotia Lawesii)
Lawess Parotia |
Parotia
lawesii berukuran sedang sampai dengan 27 cm). Daerah penyebarannya meliputi
hutan pergunungan di tenggara dan timur Papua New Guinea. Burung jantan
mempunyai warna hitam dengan kening putih, warnawarni tengkuk biru ungu dan
emas bulu dada hijau. Dihiasi dengan tiga kawat hias kepala dari belakang
setiap mata dan memanjang mengapit bulu yang berwarna hitam. Burung betina
berwarna coklat dengan kepala burung gelap, iris kuning dan gelap.
8. King of Saxony bird of paradise (Pteridophora
alberti)
King of Saxony |
King of
Saxonyi adalah sejenis burung pengicau berukuran kecil, dengan panjang sekitar
22cm. Burung jantan dewasa mempunyai bulu berwarna hitam dan kuning tua,
dikepalanya terdapat dua helai bulu kawat bersisik biru-langit mengilap seperti
panji yang panjangnya mencapai 40cm dan dapat ditegakkan pada waktu memikat
betina. Oleh karenanya burung ini dimakan Cendrawasih Panji. Bulu mantel dan
punggung tumbuh memanjang berbentuk tudung berwarna hitam. Iris mata berwarna
coklat tua, kaki berwarna abu-abu kecoklatan dan paruh berwarna hitam dengan
bagian dalam mulut berwarna hijau laut. Burung betina berwarna abu-abu
kecoklatan dengan garis-garis dan bintik gelap. Betina berukuran lebih kecil
dari burungjantan dan tanpa dihiasi mantel atau bulu kawat hiasan. Daerah
penyebarannya ada di hutan pegunungan pulau Irian.
Wilsons Bird |
Wilsons
Bird of Paradise berukuran lumayan kecil sampai dengan 21 cm. Burun jantan
adalah berwarna merah dan hitam dengan jubah kuning di leher, mulut hijau muda,
kaki biru dan dua bulu ekor berwarna ungu yang melengkung. Semetara itu betina
berwarna kecoklatan dengan mahkota biru. Merupakan endemik Indonesia, dengan
daerah penyebaran di bukit dan hutan hujan dataran rendah Kepulauan Waigeo dan
Batanta dari Papua Barat.
Princess Stephanies Astrapia |
Stephanie Astrapia
berukuran sekitar 37 cm, burung ini berwarna hitam dengan warna-warni kepala
biru-hijau dan ungu, disamping itu mempunyai bulu ekor panjang hitam keungunan.
Burung betinanya berwarna coklat gelap dengan kepala hitam kebiruan. Habitat
asalnya ada di pergunungan di pusat dan timur Papua
Sumber : http://ms.wikipedia.org/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan