Kelebihan Dalam Aspek Agama
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Kelebihan Dalam Aspek Sains
Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki telah melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, jumlah lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapati, antara lain bahawa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, baik dalam awal, mahu pun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, mengepam gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dahulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahawa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahawa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International Inc.”, Dennis Paulson (Pengarah Fasting Center International Inc.) yang sudah berdiri sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara yang mencadangkan puasa dalam:
(1) Program penurunan berat badan,
(2) Mengeluarkan toksin tubuh,
(3) Puasa dapat memperbaiki tenaga, kesihatan mental, fizikal dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan