Barbeku (BBQ), sememangnya menjadi hidangan pilihan ketika majlis harj jadi , tahun baharu mahupun sambutan hari raya.
Sejak awal lagi, barbeku adalah aktiviti santai di mana semua ahli keluarga, rakan dan orang tersayang dapat berkumpul bersama-sama sambil menikmati bau lazat makanan yang sedang di bakar.
Tambahan pula, Malaysia adalah negara berbilang bangsa yang menawarkan pelbagai jenis makanan lazat seperti sate, otak-otak, ayam tandoori, ayam percik dan makanan seperti ini kebiasaannya dipanggang dan kadang kala di bakar sehingga sedikit hangus (charred).
Walaupun hidangan barbeku lazat dan kaedah masakan ini menyeronokkan, kita harus mengawal api tersebut dengan baik kerana jika anda tersilap langkah, kesihatan anda juga akan turut terjejas!
HCAs dan PAHs boleh berisiko kanser
Selain cara bakar yang lazat, kita sebenarnya terdedah kepada kandungan heterocyclic amines (HCAs) dan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAHs) yang tinggi.
Kedua-dua kompaun kimia ini terhasil apabila daging termasuk daging lembu, ayam dan ikan di masak dengan menggunakan suhu yang tinggi seperti digoreng atau dibakar secara terus di api.
HCAs and PHAs adalah mutagenik – ia bermaksud bahan-bahan ini boleh menyebabkan perubahan DNA seterusnya meningkatkan risiko kanser.
Apabila anda memasak daging dengan suhu yang tinggi sama ada dengan membakar, menggoreng ataupun menyalai, kompoun kimia akan terhasil.
Sebagai contoh, cecair lemak dari daging yang menitis ke api ketika di bakar akan menyebabkan api semakin marak dan api ini mengandungi PAHs yang kemudiannya akan melekat di atas permukaan daging itu.
HCAs juga akan terhasil apabila makanan dimasak pada suhu yang tinggi, dan kompaun kimia ini berkait rapat dengan kanser kolon.
Paling membimbangkan HCAs adalah ianya terhasil banyak di bahagian daging yang dibakar sehingga kehitaman.
Oleh sebab ini, anda seharusnya mengelak membakar daging sehingga hangus mahupun makan bahagian daging yang kehitaman.
Perlu
Perap dagaing 30 minit untuk mengurangkan penghasilan heterocyclic
amines (HCAs). HCAs mampu merosakkan gen anda.
Makan daging ayam tidak melebihi 100g hingga 170g untuk setiap
hindangan.
Campurkan buah-buahan, bawang putih, bawang dan jus lemon dalam sos perap untuk mengurangkan penghasilan HCA.
Jangan
Bakar daging kehitaman. Daging yang di bakar sehingga hangus dan
kehitaman sarat dengan HCAs.
Makan terlalu banyak sosej. Daging yang diproses boleh merosakkan DNA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan