PENDIDIKAN 4.0
adalah proses membayangkan semula pendidikan sebagai pengalaman sepanjang hayat
yang inklusif dan meletakkan tanggungjawab untuk membina kemahiran kepada
pelajar, dengan guru dan mentor bertindak sebagai fasilitator dan penggalak.
Berikut ialah tiga
kemahiran kritikal yang harus memainkan peranan utama dalam kurikulum pelajar
bagi menyediakan mereka, ibu bapa, pendidik dan komuniti perniagaan - yang
bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan - untuk melabur dan
menaik taraf sistem pendidikan sedia ada demi pembangunan kerjaya pada masa
hadapan.
1. Penyelesaian masalah - Pendidikan 4.0\
Pelajar yang cekap
akan mula cuba menyelesaikan masalah dengan rasa ingin tahu, bersedia untuk
menerima cabaran di hadapan mereka. Bekerja secara berdikari atau bersama orang
lain, pelajar mengkaji situasi dan bertanya soalan untuk mengenal pasti punca
masalah, secara kolaboratif memikirkan penyelesaian yang berpotensi sebaik
sahaja puncanya disahkan, mencuba dan menguji penyelesaian dalam skala kecil,
menyemak hasil ujian tersebut serta skala enyelesaian terbaik dan terus membuat
pemantauan untuk memastikan penyelesaian itu benar-benar berhasil. Sepanjang
perjalanan, pelajar membina dan bergantung pada blok binaan penyelesaian
masalah, iaitu kreativiti, analisis data, ketabahan dan pemikiran kritis.
Dalam siri
pengajaran kemahiran masa depan oleh Institusi Brookings, seorang tenaga
pengajar, Kate Mills, menerangkan cara "menormalkan masalah" dalam
bilik darjahnya, mencari peluang untuk mempamerkan cara pelajar lain mengatasi
masalah, menamakan dan menerangkan langkah yang mereka gunakan.
2. Kerjasama -
Pendidikan 4.0
Pada terasnya,
kerjasama adalah tentang bekerja dengan baik bersama pihak lain, kadangkala
sebagai ketua pasukan atau sebagai ahli pasukan. Pelajar kolaboratif mempunyai
pengaruh menerusi data dan pemujukan yang berkesan dan menunjukkan kesediaan
untuk mengubah fikiran apabila berhadapan dengan bukti yang bertentangan dengan
kepercayaan awal mereka.
Kolaborator yang
berkesan membina hubungan dengan semua jenis personaliti, gaya kerja dan latar
belakang, bertindak pantas untuk mengurangkan ketegangan dan menyelesaikan
konflik dalam pasukan. Dan, mereka adalah penyampai yang menghormati, sama ada
berkomunikasi secara peribadi, menerusi kamera, melalui audio, melalui
penulisan atau mendengar secara aktif.
Laporan daripada
Pearson Education mengesyorkan menyusun pelajar ke dalam pelbagai kumpulan
berbeza untuk pelbagai tugas dan projek, meletakkan pelajar dalam pelbagai
peranan untuk memastikan mereka melalui pelbagai tanggungjawab dan situasi
serta mengajar bagaimana untuk menjalankan penilaian rakan sebaya yang jujur
dan membina. Laporan itu juga mengesahkan bahawa pelajar yang mempunyai
kemahiran kerjasama yang kuat mempunyai prospek pekerjaan dan kemajuan yang
lebih baik.
3. Kebolehsesuaian
- Pendidikan 4.0
Keupayaan untuk
terus menyesuaikan diri dengan situasi dan realiti baharu telah lama dipandang
remeh kerana kebolehsesuaian adalah mencabar untuk ditentukan. Kemahiran
penyesuaian terdiri daripada keselesaan tertentu dengan ketidakpastian,
perubahan mendadak dan keadaan yang tidak biasa kepada keupayaan untuk membuat
keputusan yang berkesan dan membangunkan penyelesaian inovatif di bawah
tekanan. Belia yang boleh menyesuaikan diri sebagai pemimpin atau pengikut.
Mereka mengalu-alukan peluang untuk mempelajari topik baharu, menguasai
kemahiran baharu dan menguji diri mereka sendiri.
Pasukan penyelidik
Australia, yang diketuai oleh Andrew J. Martin, telah mengkaji tindak balas
pelajar terhadap ketidakpastian, pembaharuan dan perubahan selama sedekad yang
lalu, dengan menyatakan bahawa pembelajaran untuk menyesuaikan diri memerlukan
penyesuaian kognitif, tingkah laku efektif (emosi) yang termasuk membangunkan
daya tahan dan peraturan kendiri.
Satu pendekatan
untuk mengajar penyesuaian diri adalah dengan mewujudkan proses terkawal
kendiri di mana pelajar menilai sendiri kecekapan mereka dalam bidang tertentu,
menetapkan matlamat pembelajaran, bekerja untuk membina pengalaman dan
kemahiran, menilai semula kecekapan, mengenal pasti pengubahsuaian yang
diperlukan untuk menambah baik dan sebagainya. Dari semasa ke semasa, dengan
menyesuai dan mengubah suai kemahiran dan tingkah laku, hasil daripada
penilaian dan maklum balas, membolehkan golongan muda mempunyai minda yang
mampu membuat penyesuaian diri.
Kemunculan
Pendidikan 4.0 menawarkan peluang unik untuk menaik taraf sistem pendidikan
kita bagi memastikan kita dapat menyediakan seramai dua bilion anak muda di
dunia ini untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat dengan berkesan, di
samping mengurangkan ketidaksamaan dalam sistem pendidikan dan memanfaatkan
perkembangan teknologi pendidikan. Dengan memusatkan pembinaan kemahiran
individu dan pembelajaran bilik darjah di sekitar penyelesaian masalah,
kolaborasi dan kebolehsuaian, Pendidikan 4.0 menawarkan peluang terbaik kepada
golongan muda untuk berjaya dalam ekonomi global.
SUMBER: Astro Awani, diterjemah asal daripada World Economic
Forum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan