KUALA LUMPUR: Sebanyak 89
pasukan bola sepak remaja elit di seluruh negara akan bersaing di tujuh venue
di Lembah Klang untuk mara ke Pusingan Akhir Kebangsaan Liga Suparimau 2022 di
Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Ahad ini.
Menurut kenyataan
penganjur, Maxim Events, kejohanan yang menampilkan juara divisyen Liga
Suparimau di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Perak,
Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Sabah itu bertujuan untuk menobatkan juara
kebangsaan Liga Suparimau bagi kumpulan umur Bawah 12 Tahun (B-12), B-14 dan
B-16.
Kejohanan itu, yang
juga dianjurkan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), akan menganjurkan
perlawanan peringkat kumpulan pada hari Sabtu manakala Ahad akan menyaksikan
perlawanan kalah mati bermula dengan pusingan 16 sebelum suku akhir dan separuh
akhir dan perlawanan akhir.
SUMBER: Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan