LONDON: Perarakan
pemakaman Ratu Elizabeth II yang bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin
(waktu tempatan) berjalan dengan penuh adat istiadat.
Raja Britain, Raja
Charles III dan keluarga Diraja mengiringi belakang keranda Ratu Elizabeth II
sebelum dibawa masuk ke Westminster Abbey untuk upacara pemakaman.
Tiupan nafiri Last
Post berkumandang sebelum seluruh negara bertafakur selama dua minit, sebelum
lagu God Save the King dimainkan.
Keranda Ratu
Elizabeth II kemudian diarak ke Wellington Arch di Hyde Park Corner diiringi
Raja Charles III, kerabat Diraja dan angkatan bersenjata kontinjen Komanwel
dari 56 negara.
Loceng menara jam
Big Ben di Istana Westminster dibunyikan dan disusuli dengan das tembakan
hormat.
Semasa perarakan,
keranda membawa Ratu bergerak melepasi Cenotaph iaitu tugu peringatan askar
Britain dan Komanwel yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Kemudian, keranda
membawa jasad Ratu Elizabeth telah dibawa naik ke The Mall buat kali terakhir
dan perarakan diteruskan menuju ke Istana Buckhingham.
Keranda ini turut
melewati Istana Buckingham buat kali terakhir ketika dalam perjalanan ke
Wellington Arch sebelum dibawa dengan pedati Diraja ke Istana Windsor untuk
upacara seterusnya.
Raja Charles III
dan kerabat Diraja menyertai perarakan dari Quadrangle di Istana Windsor
sebelum rombongan berhenti di Gereja Kecil St George.
Perarakan yang
mengiringi keranda berkenaan itu turut disaksikan oleh ribuan masyarakat yang
membanjiri di luar perkarangan Istana Windsor.
Perjalanan akhir
Ratu Elizabeth II tamat apabila dimakamkan di King George VI Memorial Chapel,
yang juga tempat persemadian bonda dan ayahanda beliau serta suami, Putera
Phillip yang meninggal dunia pada April 2021.
Upacara pemakaman
Ratu Elizabeth II diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri Raja Charles III
dan kerabat Diraja.
SUMBER: Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan