Pemimpin Korea Utara itu dikatakan menggunakan sebuah tangki yang dibina khas bagi tujuan tersebut di istananya di Pyongyang.
Pegawai tentera berkenaan dilaporkan dijatuhi hukuman mati selepas dituduh berkomplot untuk melakukan rampasan kuasa.
Menurut sumber, kedua-dua ta­ngan dan perutnya dikelar dengan pisau sebelum dia dicampak ke dalam tangki berkenaan, lapor akhbar The Star kelmarin.
Tidak dapat dipastikan sama ada jeneral itu mati akibat kecederaan atau dimakan hidup-hidup oleh ikan pemangsa tersebut.
Image result for Jong-un lempar jeneral dalam tangki ikan piranha
Tangki berupa sebuah akuarium itu diisi dengan ratusan ikan piranha yang dibawa dari Brazil.
Berita mengenainya mencetuskan spekulasi bahawa Jong-un mendapat idea menggunakan ikan piranha sebagai algojo daripada adegan filem James Bond pada tahun 1977, The Spy Who Loved Me.
Penjahat dalam filem itu, Karl Stromberg membunuh musuhnya dengan melempar mereka ke dalam akuarium dipenuhi ikan jerung.
Terdapat juga spekulasi bahawa Jong-un mencipta pelbagai kaedah hukuman mati yang sungguh kejam di Istana Ryongsong dalam usaha beliau untuk menakutkan pegawai-pegawainya supaya tidak membe­rontak.
Berita mengenai hukuman mati itu tersebar beberapa hari selepas pemimpin berkenaan dilaporkan membunuh lima pegawainya.
Ia sebagai tindak balas terhadap pasukan perunding Korea Utara yang dihantar ke sebuah persida­ngan di Vietnam, lapor akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo baru-baru ini.
Jong-un dilaporkan telah mengarahkan pasukan penembak untuk membunuh Kim Hyok-Chol dan empat pegawai bawahannya dengan tuduhan mereka menjual maklumat kepada Amerika Syarikat. – Agens