HARBURG, Jerman - Seekor anak anjing disahkan masih hidup selepas ia dirempuh dan tersangkut selama 10 jam pada gril radiator sebuah kereta dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.
Menurut laporan, anjing itu dirempuh oleh seorang pemandu wanita berumur 59 tahun yang dalam perjalanan dari Bullenhausen ke tempat kerjanya di bandar Hamburg di sini, Selasa lalu.
Dia memberhentikan kereta dan membuat pemeriksaan selepas menyedari ada terlanggar sesuatu, namun gagal mengesan anjing itu disebabkan cuaca masih gelap.
Wanita itu menyedari mengenai keadaan anjing itu ketika mahu pulang semula ke rumah selepas bekerja. Anjing baka miniature schnauzer itu dipercayai terperangkap selama 10 jam.
Seorang individu membuat laporan polis mengenai kehilangan anjing peliharaan bernama Tero yang dipercayai dilanggar sebuah kereta pada hari sama.
Anggota bomba Hamburg membantu mengeluarkan Tero sebelum ia diserahkan kembali kepada pemiliknya. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan