SAMARA, Rusia – Seorang pengadil bola sepak, Bjorn Kuipers yang didakwa pengadil terkaya di dunia merupakan individu yang mengadili perlawanan antara England menentang Sweden dalam Piala Dunia 2018 di Rusia.
Pengadil kelahiran Oldenzaal, Belanda itu tidak goyah dengan pemain bola sepak terkenal dalam perlawanan moden kerana dia sendiri meraih jutaan dolar setiap tahun hasil keuntungan yang diperoleh daripada rangkaian pasar rayanya di Belanda iaitu Jumbo.
Pada tahun 2016, Kuipers mencatat nilai kekayaan peribadi berjumlah kira-kira £11.5 juta (RM61.8 juta) dan meraih keuntungan sehingga £3 juta (RM16 juta) setiap tahun.
Kuipers jarang membayar dividen kerana dia meraih pendapatan mencukupi daripada pekerjaannya sebagai pengadil bola sepak bagi memastikan keluarganya dapat hidup dengan selesa dan dia telah membina portfolio hartanah bernilai sekurang-kurangnya £5 juta (RM26.8 juta).
Lelaki yang pernah mengadili pelbagai temasya bola sepak mega seperti perlawanan akhir Liga Eropah pada bulan Mei lalu dan Liga Juara-Juara pada tahun 2014 itu juga berhasrat untuk terlibat secara langsung sebagai pengadil dalam perlawanan akhir Piala Dunia yang dijangka berlangsung pada hari Ahad depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan