21 April 2015

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Semua warga KMTPh dijemput untuk sama-sama mengambil bahagian dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Program ini diadakan bertujuan menyahut seruan dan menyatakan sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam melaksanakan program ini di setiap peringkat institusi / organisasi masing-masing. 

Untuk makluman, Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini telah menjadi kebiasaan diadakan pada tahun-tahun sebelum ini sempena meraikan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang jatuh pada 23 April.
Justeru, kami mengajak semua warga KMTPh untuk sama-sama menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini yang akan diadakan pada 23 April 2015 (Khamis) ini. Keterangan aktiviti adalah seperti di dalam poster di atas.

Aktiviti ini mengajak tuan/puan untuk meluangkan masa membaca sebarang bahan bacaan (buku, majalah, suratkhabar) selama 10 minit bermula dari jam 10.00 pagi - 10.10 pagi.
Lengkapkan borang penyertaan (di bawah) beserta gambar semasa aktiviti. Hantarkan ke Pusat Sumber/ Kotak Pemulangan Buku dan Wakaf Bahan Maklumat di HEP/ emel ke Pustakawan  (rubaina.matrik@1govuc.gov.my) selewat-lewatnya pada 30 April 2015 (Khamis). Borang penyertaan juga boleh didapati di Pusat Sumber.

Rujuk poster di bawah untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pustakawan (013- 699 5448)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan