11 Februari 2015

Jelajah Pusat Sumber Siri 3/2014 (Pameran Komuniti ASEAN Siri 2)

Jelajah Pusat Sumber Siri 3/2014 telah diadakan pada 24 - 28 November 2014 yang lalu. Bertempat di Pusat Sumber KMTPh, JPS pada kali ini meneruskan lagi Pameran Komuniti ASEAN bagi Siri 2.

Pameran mengenai negara-negara ASEAN seperti Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam telah diadakan. Antara aktiviti yang turut dijalankan ialah Kuiz Komuniti ASEAN Siri 2, Pertandingan Mengarang Puisi ASEAN dan Snakes and Ladders ASEAN.

Seperti kebiasaannya, JPS turut mendapat sambutan yang meriah di kalangan kakitangan KMTPh disamping para pelajar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga KMTPh yang telah mengambil bahagian di dalam JPS pada kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang!













Tiada ulasan:

Catat Ulasan