Tarian Singa merupakan cara hiburan tradisional kalangan rakyat China yang biasanya dipersembahkan untuk memeriahkan suasana hari raya atau pesta. Namun tarian singa ini berasal dari mana dan bagaimana sejarah tarian itu?
Terdapat banyak cerita tentang asal usul tarian singa tersebar di kalangan rakyat. Dua buah cerita antaranya merupakan yang paling popular dan diterima ramai. Menurut cerita pertama, kononnya pada zaman lampau, singa selalu menyerang manusia. Buddah Xiaomian(wajah senyum) berasa simpati terhadap manusia, dan menggunakan kuasa ajaib untuk menaklukkan singa. Selepas itu, manusia mula meniru aksi Buddah Xiaomian ketika berlawan dengan singa dan beransur-ansur mencipta tarian singa. Pada mulanya tarian singa ini dipersembahkan untuk mencegah wabak penyakit. Sami yang meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa sebenarnya berdasarkan cerita tersebut.
Menurut satu lagi cerita, ketua negeri Dayuezhi menghadiahkan seekor singa jantan yang berbulu emas kepada Maharaja Zhang pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279). Maharaja Zhang mengundang utusan dari negeri Dayuezhi untuk menikmati persembahkan tarian singa pada tahun berikutnya. Setelah itu, Maharaja Zhang mengupah jurulatih binatang untuk melatih singa itu. Namun di luar jangkaan, singa tersebut mati akibat pukulan jurulatih. Maharaja Zhang sangat marah dan ingin menghukum jurulatih tersebut. Tetapi jurulatih singa tersebut menyatakan dia telah mendapati kaedah untuk menyebabkan singa tersebut hidup semula.
Pada tahun baharu, ketua negeri Dayuezhi menghantar utusannya ke negeri Song mengikut janji untuk menyaksikan persembahkan tarian singa. Seekor singa berbulu emas timbul di pentas dan kelihatan amat aktif dan mematuhi tunjuk arah jurulatih binatang. Utusan Dayuezhi berasa sungguh kagum. Setelah itu, Maharaja Zhang tanya jurulatih binatang itu punca singa yang sudah mati dapat hidup semula, baginda barulah diberitahu bahawa sebenarnya singa tersebut dilakonkan oleh dua penari. Sejak itulah, persembahan tarian singa menjadi acara menyambut kedatangan utusan dari pelbagai negeri, dan beransur-ansur menjadi adat di kalangan rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan