08 Disember 2014

Artikel Menarik Disember (2014) - Pengertian & Kepentingan Membaca



Artikel motivasi pelajar ini menjelaskan pengertian / definisi, kepentingan membaca. 

Pengertian / Definisi Membaca
Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.  
Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).
Kepentingan Membaca 
Membaca adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. 
Oleh itu, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta emosinya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat pada apa yang dibaca.


Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. 
Namun, sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, malah, anda akan lebih pantas pula memahami serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca. 

Ini secara tidak langsung pula akan meningkatkan lagi minat anda membaca dan membaca di samping anda dapat menjimatkan masa anda lantas akan dapat melakukan lebih banyak aktiviti pembelajaran. 
*****
Artikel ini adalah disedut dari buku Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaan oleh Taidin Suhaimin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan