18 September 2014

Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2014


 
Bertempat di Pusat Sumber KMTPh, aktiviti Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2014  pada 10 dan 12 September lalu dijalankan dalam suasana yang penuh meriah. Dengan dihadiri warga KMTPh terdiri daripada para pelajar dan kakitangan, aktiviti pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan warga KMTPh dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.



Aktiviti tahunan anjuran Pusat Sumber pada kali ini antaranya bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Dengan objektif memupuk semangat cintakan negara, aktiviti kali ini mengajak warga KMTPh mengenang kembali sejarah perjuangan bangsa dan nenek moyang kita terdahulu sehingga negara kita beroleh kemerdekaan.




Antara pertandingan yang diadakan ialah Silangkata Kemerdekaan, Melukis Poster Kemerdekaan, Teka Jumlah 'Merdeka 57', Snakes and Ladders dan Congkak.







Diharapkan aktiviti sebegini akan mendapat sambutan yang lebih hangat dari warga KMTPh pada masa akan datang. Pihak Pusat Sumber ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej serta warga KMTPh yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2014. Semoga ukhwah kita akan bertambah erat dengan penganjuran dan penglibatan warga KMTPh dalam aktiviti-aktiviti sebegini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan