Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a.
adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin
Khuwailid. Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang
mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumat bersamaan 20 Jamadil
Akhir. Saat kelahiran putri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan
selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah
az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah
berasa tenang dengan kelahiran Fatimah az-Zahra dan berkata kepada
Saidatina Khadijah,
“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah)
adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi
keturunuan darinya.”
Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi
dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan
direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,
“Sesungguhnya
Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah
S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya
hitam.”
Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a berkata. “Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.
Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,
“Saya
tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia)
yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain
Saidatina Fatimah az-Zahra.”
Saidatina Fatimah az-Zahra
memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan
Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana
gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih.
Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,
“Saya
bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya
dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya
dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang
menyinari penghuni bumi.”
Walaupun Saidatina Fatimah anak
Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab
lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak
Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.
Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.
Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami
dibuktikan lagi beliau sangat setia kepada suami, sentiasa menjaga
maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian
seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak
pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya
iaiti Saidina Ali r.a.
Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan
bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat
pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan
Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika
itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan dan
memberi tudungnya kepada Salam agar ditukar dengan jagung dengan Shamoon
seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk islam.
Selain itu juga,
Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama
Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam
yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau
hidup lebih tabah dan sabar.Sifat beliau yang lebih mengutamakan
keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus
diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.
Hasil perkahwinan bersama
Saidina Ali r.a dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain,
Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga
berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana
tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna
melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli
Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk
wanita(Ahli sastera Islam).
Kalau kita lihat banyak sumbangan
Saidatina Fatimah dalam perjuangan islam antaranya menjadi pendorong dan
motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima
tekanan kaum Quraisy Mekah. Selain itu, turut membantu menyediakan
makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan
Khandak. Menjadi seorang isteri yang solehah dengana memberi khidmat
kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan
untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu
bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam
yang cedera dalam peperangan Uhud. Begitu hebat dan mulia pengorbanan
yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam
sejak kecil sehingga kewafatannya.
Saidatina Fatimah meninggal
dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau
berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta Ali di Janat Ull
baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat.
Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin
Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a. Berkata Saidatina
Fatimah,
“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi
anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan
juga kecintaan (yang ada padaku). Kedua, membuat keranda untuknya yang
berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi
pegangan dari tempat tidur(berbentuk seperti keranda), dan ia ditutpi
dengan kain. Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di
Baqi”.
Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita
contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat.
Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru
dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang
diredai serta mendapat kebahagian.
Sumber : www.iluvislam.com
Sumber : www.iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan