19 Jun 2014

Perkhidmatan Library2U


 
Dalam menambahbaik perkhidmatan Pusat Sumber kepada warga KMTPh khususnya kakitangan, Pusat Sumber KMTPh telah merancang satu perkhidmatan yang diberi nama Library2U.

Perkhidmatan Library2U ini merupakan perkhidmatan yang membolehkan kakitangan KMTPh membuat tempahan untuk meminjam buku-buku di Pusat Sumber tanpa perlu datang ke Pusat Sumber. Setelah tempahan dibuat, kakitangan Pusat Sumber akan membawa buku tempahan dan akan diserahkan kepada anda di satu pusat sehenti ATAU membuat serahan terus kepada anda. Perkhidmatan Library2U ini akan dibuat dengan kekerapan seminggu sekali sahaja.
 
Untuk permulaan, kakitangan perlulah membuat tempahan untuk pinjaman buku SEBELUM HARI KHAMIS setiap minggu. Tempahan hendaklah menggunakan Borang Pinjaman Buku Library2U (dilampirkan) dan diemelkan semula kepada kakitangan Pusat Sumber ATAU berhubung terus dengan kakitangan Pusat Sumber.
 
Untuk melihat senarai buku yang terdapat di Pusat Sumber, anda boleh layari Web OPAC (katalog buku) Pusat Sumber KMTPh dan membuat carian di alamat :-
 

Adalah diharapkan agar Perkhidmatan Library2U ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kakitangan KMTPh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan