08 Mei 2014

Artikel Menarik (Mei 2014) - Sunnah Meminum Air Manis dan Sejuk





Minuman Sejuk

Dalam riwayat Tirmidzi disebutkan, Rasulullah SAW bersabda;“Demi Allah, yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya. Di antara nikmat Allah yang akan diminta perlindungannya pada hari kiamat adalah tempat berteduh yang sejuk, kurma (muda) yang baik dan air yang sejuk.”

Di dalam suatu doa Rasulullah SAW ada menyebut: “Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk.”
.
Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Syaidatina Aisyah (r.ha.) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk.”
Hadis bermaksud, Baginda SAW mengemari minuman manis dan sejuk, iaitu sama ada campuran madu atau ‘nabiz’ (rendaman buah tamar).
.
.

Madu Adalah Suplemen Terbaik

Rumah Rasulullah SAW tidak pernah kehabisan madu. Nabi SAW juga menganjurkan untuk meminum madu secara teratur. Baginda SAW bersabda: “Hendaklah kamu meminum madu”.
Adapun Rasulullah SAW mengajarkan bahawa cara terbaik meminum madu adalah dengan melarutkan satu senduk madu dengan air yang tidak dingin dan di aduk dengan baik.

.

Khasiat Minuman Madu

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan merasai madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
2. Mencuci perut.
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

.
Kesimpulannya ialah sunnah di atas memberi isyarat bahawa sudah tentu meminum air sejuk itu mempunyai khasiat yang amat besar. Minuman yang terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan.
Ini sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan, agar sentiasa sihat dan segar menjalani ibadah seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan