PENGARANG : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
PENERBIT : PTS LITERA UTAMA SDN.BHD
NO. PANGGILAN : 899.2333 FAT
Novel
Sebarkan Cinta-Mu ini cuba menguraikan makna senyuman seorang manusia yang
bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia
dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan. Kisahnya
bermula dengan Ibu Dhiya’, seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya,
terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta.
Di
situlah Ibu Dhiya’ didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan
kolej itu. Ibu Dhiya’ berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia yang
menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya’ dengan ilmu agamanya, dengan penuh
hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti
dalam senyuman mereka dengan cara suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah
ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan