Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. Tema untuk tahun ini adalah " Getting To Zero " atau dalam bahasa malaysia Panduan Ke Sifar.
Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS. Sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.
AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak-wabak pemusnah yang paling dahsyat dalam seluruh catatan sejarah. Sungguhpun rawatan antiretroviral semakin mudah didapati di merata dunia, namun wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007, yang mana 270,000 daripadanya berusia kanak-kanak.
sumber : Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan