01 April 2013

Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2013


Bertempat di Pusat Sumber KMTPh, program Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2013 telah diadakan dalam suasana yang meriah dan penuh ceria. Seawal jam 9.00 pagi lagi, pengunjung yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar KMTPh mula mengunjungi Pusat Sumber dan menyertai pertandingan yang diadakan. Antara pertandingan yang diadakan ialah Info Hunt, Snakes and Ladders, Teka Silang Kata, perlawanan Dam dan Congkak. Selain dari itu juga, Pertandingan Melukis Poster ‘Earth Hour’ dan Pertandingan Mengarang Pantun ‘Earth Hour’ telah diadakan dengan penyertaan terdiri daripada pelajar KMTPh. Ia diadakan bersempena dengan kempen Earth Hour yang diadakan pada bulan Mac tahun ini.

Program anjuran Unit Pusat Sumber KMTPh yang diadakan selama 2 hari iaitu dari 19 hingga 20 Mac 2013 ini bertujuan mendekatkan lagi Pusat Sumber dan perkhidmatannya kepada para pengguna. Selain merupakan satu wadah pendekatan menggalakkan penggunaan maklumat dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber, ia merupakan satu riadah berunsur pendidikan dan hiburan yang berinfomatif kepada warga KMTPh secara keseluruhannya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga KMTPh yang menjayakan Jelajah Pusat Sumber pada kali ini. 





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan