15 Julai 2024

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 2024/2025 ke KMKPh

 


Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2024/2025 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang telah diadakan pada 1 Julai 2024 yang lalu. Pihak Pusat Sumber Al-Jazari telah memberi ucapan pengenalan Perpustakaan kepada pelajar-pelajar baru pada 4 Julai 2024. Ucapan diberikan oleh Pustakawan, Haji Che Mohd Sanusi bin Che Abdullah. Kuiz serta hadiah-hadiah menarik juga disediakan untuk menarik minat pelajar untuk melawat Pusat Sumber.